Saturday, December 27, 2014

Your Umrah

Assalamualaikum!

Hai hai hai, hari ni genaplah 9 bulan sejak tunaikan Umrah bulan April haritu (literally 9 bulan la) and I'm so so sorry tak post lagi barang barang keperluan (for women especially) sebab tahun ni kan aku SPM, so banyak benda tak menyempat, including this post yang gambar apa semua dah lama dah upload cuma tak ter-type lagi apa yang perlu, so Alhamdulillah hari ni aku ada masa, aku terangkanlah sikit sikit, I'm not a pro or orang orang yang selalu fly pergi Makkah-Madinah for Umrah, but this is based on my pengalaman sendiri sebab before aku pergi umrah pun I do refer some blog just to make sure apa yang perlu aku bawak, and yes, some preparations, so here is some perkongsian :)


Beg bimbit that I bring everywhere!
So macam yang korang tahu from my previous entry about my Umrah, aku pergi dengan Tabung Haji and Alhamdulillah Allah permudahkan segala, semuanya senang, makanan sedap, overall, seronok sangat sangat! And mana-mana agensi akan bagi sling beg kecik macam kat atas ni (but design lainlah kan hehe) beg ni teramatlah needed and diperlukan untuk korang simpan barang barang korang macam duit and buku buku panduan or buku zikir yang korang nak bawak. Aku ingatkan dekat korang, jangan sesekali tinggalkan beg ni letak dekat depan ke, letak bawah kerusi ke masa solat, sebab kita tak tahu kan apa yang akan jadi, macam beg aku ni ada tali siap ikat dekat pinggang so even masa solat pun beg ni still melekat dekat badan, cautious tau korang, danger is everywhere!
Small notebooks for Doa's and etc
Ni buku nota kecik yang memang aku bawak letak dalam beg bimbit tu sekali dengan pen for doa doa or apa apa yang penting aku catat, journal book la jugak lebih kurang :D

Buku kecil surah-surah pilihan
Ni buku surah-surah pilihan, aku bawak sentiasa sebab selalu sampai masjid tu awal, lepas dah buat solat sunat, alang alang tunggu azan tu bolehlah baca surah surah pilihan and jangan lupa bawa ma'thurat, lagilah elok korang baca before subuh, sangat sesuai untuk diamalkan!

Buku panduan Umrah
This one is buku panduan Umrah, kalau korang pergi haji, dapatlah buku Panduan Haji dan Umrah hehe.. For me, this book is the best, memang korang patut khatamkan and fahamkan buku panduan Haji/Umrah so that lebih senang korang nak laksanakan ibadah dengan sempurna. And yep, kitaorang tebuk lubang dekat bawah buku tu and letak reben untuk masukkan dekat tangan (macam tali kamera tuu) so masa tawaf ramai ramai tu inshaAllah kalau terlepas dari tangan pun tak terjatuh, this one Tok Wan and Tok King yang ajar :)
Buku kecil for zikir and etc

Mini book for Panduan Solat 
Buku for Panduan Solat, bukanlah sebab korang tak pandai solat atau apa, like me, aku beli sebab kita tak tahu whether bacaan kita dalam solat betul ke kita baca? and dalam buku ni ada macam macam solat sunat yang boleh kita buat, Alhamdulillah, buku ni banyak membantu..
Transparent sticky-note (penanda)
This one aku rasa macam takdelah wajib sangat, tapi aku bawa sebab masa dalam Masjid Nabawi and Masjidilharam, banyak surah surah fevret baru aku jumpa, so this one is my saver :) Oh ya, kalau tak bawa al-Quran pun tak apa sebab dalam Masjid tu, mashaAllah banyak sangat al-Quran :D seronok sangat, for me its like library for al-Quran hehe
Botol spray whudu'
haaa yang ni botol spray air whudu' for kalau masa masa tunggu tu tiba tiba ammonia gas terlepas, disebabkan nasihat and untuk kemudahan kita sendiri, just prepare la botol spray ni, Alhamdulillah air whudu' aku terjaga masa dekat sana, so kitaorang isi air zam zam dalam botol air ni, so bila rasa macam ngantuk or penat, spray kan aja dekat muka, spray dalam mulut terus also can! :P
and money! hehe

Stoking tawaf, sa'ie
Duit tu memanglah kena bawak kan, tapi ingat, jangan bawak semua duit sekali, I bet setiap hotel mesti ada save-lock tu, so better some duit tinggal situ for ur own safety :)Yang stoking tawaf ni untuk wanita je tau, lelaki tak boleh! Aku suka stoking ni, sebab ingat lagi masa tu tengah tengah malam tawaf, lantai mar mar dia Ya Rabbi sejuk sangat even pakai stokin ni, Alhamdulillah la ada stoking ni kurang la sikit sejuknya tu.. Lagi satu, masa tawaf and saie kitaorang slide je, thats why masa saie me and Nana habis awal hehe..

So, inilah antara benda benda yang aku bawak sentiasa selain baju baju keperluan harian yang mencukupi, kitaorang memang nak beli Jubah dekat sana, so quantity baju yang kitaorang bawak tak adalah banyak sangat and lagipun memang ada baju yang senang kering basuh sendiri (sebab hotel kitaorang takde tempat nak jemur baju) and mostly baju kitaorang hantar dobi, huhu... And for perempuan, jangan risau tak tahu nak pakai baju apa dekat sana, cuma aku tak syorkan korang pakai seluar la even palazo sekalipun, better bawa baju kurung or jubah je, senang and selesa! Baju kurung tu disarankan bawa baju kurung cotton supaya serap peluh, kasut pakailah kasut yang selesa, oh ye, jangan lupa sarung kasut sebab nanti masa solat korang kena bawa kasut along, kalau tinggal luar masjid gitu je, susah oh nak cari sebab beribu ribu orang. Baju tutup aurat, masa solat tu kalau nak pakai telekung boleh, macam aku pakai telekung and then pakai stoking je, lagi senang and lagilah senang kalau pakai jubah or baju kurung tu untuk solat (but make sure aurat betul betul tertutup) okay guys? Selamat menunaikan ibadah Umrah and semoga dapat Umrah yang mabrur, jangan takut takut jangan risau, Allah dah jemput kita jadi tetamu dia, inshaAllah dia permudahkan segalanya, key dia ialah banyakkan bersabar and pulun sebanyak ibadah yang boleh :D jangan lupa doakan Dina dan keluarga supaya terus istiqamah dalam mencari Deen ke Jannah :) Salam sayang, Dina.

Thursday, October 30, 2014

The real SPM

Bismillahirahmanirahim,  hi Assalamualaikum  fellas!






Seriously I haven't post anything since July? Hahaha sorry guys, I am too busy with so many things, furthermore this year is so called as my killer year, sebab SPM kan, nak cakap study tu takdelah sangat, lagi banyak main! Hahahaha, I feel like baru semalam je I lompat lompat lari lari tawaf satu rumah trying my new kindergarten's uniform, weeee, I love school since I am kanak kanak ribena kayyy, so bila dah dekat dekat nak habis ni, honestly, i am shocked, sedih, macam macam la rasa.. And yes, my school life is filled with soo many cool stories, laughs, tears, sweat and everything lain yang even disgusting  hahaha, okay alright alright cool down babe, lets proceed!

Since this year is my last year dekat sekolah, so I prepared  something (sila rujuk picture above) that is not so special la kot, not that expensive  (but it is considered  as special cause I'm the one who gave em hehe) BUT BUT, that gift is tulus dari hati nurani yang murni ni okay, if can, I want to give to every form 5 students, but emm ampunin saya kewangan sendiri kagak begitu kukuh, sorry. Anyway, all the best guys, put your trust dekat Allah, Allahumma Yassir wala tuassir, selawat banyak banyak, inshaAllah ada rezeki kita, Allah akan bagi yang terbaik. And from me, deep from my heart, maafkan saya yang banyak sangat buat onar dekat sekolah tu, yang selalu buat bising, selalu buat lawatan rasmi secara individu dekat sekolah tu, tak sengaja buat korang sakit hati ke, maaf ye dari akar rambut hingga hujung kuku kaki, take care guys! Assalam ;)

P/s : doakan kejayaan kami! Emm emm besok nak kena hantar buku teks dah, dah tak belajar dekat sekolah dah lepas ni huwaaaa!!!

Friday, July 4, 2014

Trial SPM. SPM

this is the time-table to finish all the syllabus. Three days, yup. kbye. Do pray for me!

Friday, June 13, 2014

My Umrah (Part 3)




Assalamualaikum guys :)

I dont want you guys to wait too long for the third part, so I've started type for this (Part 3) right after I posted the part 2, yela, lagi bertangguh lagi lupa, haha.. Oh em, my decision separatekan post about My Umrah is such a brilliant idea, sebab yang Part 1 pun agak panjang macam rumusan BM, Part 2 lagilah kan, macam karangan A Bahasa Melayu kertas satu SPM, hahaha.. So okay, Alhamdulillah, I can spend my time to write on this blog, so, okay, haha..

After three days dekat Madinah, kitaorang pun bertolak la ke Makkah dengan menaiki bas ( which is hari Sabtu). The best thing is, kitaorang dalam Ihram. Allahuakbar, risau je sepanjang dalam perjalanan nak pergi ke Miqat, yela, fikir, macam mana la nak jaga diri ni, buat ini kang kena dam, buat ini pulak kena dam, takut tu sentiasa ada. Masa ni, kitaorang Miqat dekat Ja'ranah, besar tempat dia, Alhamdulillah settle semua niat, naik je bas, ramai ramai bertalbiah, ustaz la yang ketuai, seronok rasa, for your information, kita digalakkan untuk membaca talbiah ketika dalam Ihram. At the same time, diri sendiri macam tak percaya je that now aku dah dalam Ihram and aku tengah bertalbiah, Allahu, seronok tak boleh digambarkan. Bila baca maksudnya lagi, Ya Allah, rasa syukur tu memang, Allahuakabar :)

Sebenarnya dalam Ihram tu, tak adalah susah sangat, kita je yang risau, takut sangat. Alhamdulillah la, I can jaga myself from langgar larangan Ihram, syukur sangat! So after 8 hours perjalanan from Medina to Mecca, kitaorang pun sampai. And the bus park betul betul bawah Masjidil Haram. Jantung aku dup dap dup dap tak payah cakap, lagilah bila sebelum turun tempat parking tu dah nampak Masjidil Haram, ish, tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana, Syukur yang amat sangat..

So, sampai je hotel dah letak beg apa semua and dah berwhudu', ayah call Ustaz Mujib (ustaz yang stay dekat Mekah) untuk lead kitaorang, and that time pun memang perlukan someone untuk tolakkan Tok Wan yang berkerusi roda dekat tingkat 2 (special for wheelchair user). Dalam pukul 11, kitaorang gerak ke Masjidil Haram sama-sama. Sampai satu path, kitaorang separate dengan Tok Wan, Tok King and that one guy (tak ingat nama) yang tolakkan kerusi roda Tok Wan. So tinggal five of us dengan Ustaz Mujib tu jela, dialah yang explain balik pasal Tawaf, saie and so on. A day before tu pun, Tabung Haji dah buat perjumpaan untuk refresh balik pasal rukun and everything yang berkaitan dengan Umrah. Alhamdulillah, Ustaz Mujib lead kitaorang, dibacakan bacaan bagi setiap pusingan kuat kuat kitaorang satu family ikut, Allahuakbar, seronok. That time before turun tangga ke tempat tawaf, hati risau, takut tak nampak Kaabah, bila turun je, nampak kain hitam sikit, fuhh, syukur yang tak terhingga and to be honest, aku tak menangis pun masa nampak kaabah, cuma speechless and after that I said to mama "mama, besarnya, I didn't thought it was this big, Allahuakbar." Mama just smiled and said to me "ayah dah bawak adik, dah bawak kita satu family pergi sini, Alhamdulillah, ayah dapat fulfill wish adik, see Alhamdulillah Allah jemput kita whole family". That short conversation between me and mama sangat sangat aku ingat, still fresh in my mind, dengan senyuman mama yang paling manis and paling warm pernah aku tengok :) So Alhamdulillah, we finished our first Umrah which is Umrah wajib tepat pukul 2 pagi. Alhamdulillah.

The second Umrah we do together with Ustaz Misbah (the leader for our bus, bus number 8, hehe). Kitaorang buat malam sebab petang tu pun hujan, orang ramai sangat. Settle la our second Umrah. I only got two Umrah, Allah maha mengetahui, He planned something better for me, aku redha and ikhlas. Lagipun, aku syukur dapat dua umrah, even tak dapat tawaf wada', at least aku dapat pergi istilam bawak Tok Wan and Tok King. That day memang panas, hari Jumaat, orang ramai after Solat Jumaat, so ustaz ustaz ramai cadang kalau yang dah berumur tak payah lakukan tawaf wada' cukuplah istilam. Jadi, akulah yang temankan and tolak kerusi roda Tok Wan and pimpin tangan Tok King untuk istilam. Serious talk, betul betul lepas istilam, sebak rasa hati, and everyone yang dekat dataran depan mall tu, pandang kitaorang bertiga, senyum and macam sayu je muka, macam tahu perasaan aku waktu tu macam mana. All I did is, keep on pushing Tok Wan's wheelchair and take Tok King to get into the hotel with my head down, tahan air mata dari mengalir, but I failed.

That day when we are late for Subuh prayer sebab confuse between two azan from the speaker in our room. Nasib sempat. Berlari naik lift, tolak kerusi roda Tok Wan, and the amazing thing is, Allah permudahkan, senang sangat, betul betul nak masuk pintu tu, askar tolong tolakkan sebab ramai sangat orang, and dekat dalam tu, betul betul masuk je, ada tempat for Tok Wan. Rezeki Tok Wan that day, Alhamdulillah and kitaorang pun tak lambat for Solat Subuh, sempat la jugak buat solat tahiyatul masjid and baca few surah pendek :)

The other thing is, Alhamdulillah, hotel kitaorang dekat sangat, sangat sangat dekat, both dekat Madinah and Mekah kitaorang stay Movenpick, dua dua dekat dengan masjid, Tok King tak payah jalan jauh sangat, Alhamdulillah rezeki Allah bagi. So adalah kitaorang pergi ziarah sepanjang 7 hari dekat Mekah tu. Pergi Gua Hira', pergi Jabal Rahmah, Ladang Unta and another few place. Tapi dekat Jabal Rahmah la lawak, bila Ustaz Misbah siap pesan dekat myself "doa elok elok, minta jodoh yang baik baik, muda muda pergilah naik sampai atas, doa dekat atas." haha, aku pun replied "ustaz, saya muda lagi kot, lambat lagi." Muka blushing je jawab hahahaha..

So okay nah gambar sepanjang kitaorang dekat Mekah tu..

P1 always my fav babeh


This guy la yang panggil ajak ayah solat dekat row depan Kaabah

Mama and Ayah's room
Alhamdulillah, we can see some part of Masjidil Haram from our room :)


Last night before leaving


Collage of Tok Wan and Tok King's pictures

When three of us went shopping until midnight, haha

Cat's lover, sampai sana pun jumpa cats

Petang before Asar

Mama and Ayah


At Gua Hira' (tak nampak pun guanya)

Ladang untaa, they scared me, congrats unta congrats haha


Vid by Ayah, crowd in Masjidil Haram after Isya' prayer


Mr Kojek with RMC bus, haha, suka betul dengan vehicles antik ni

At Corniche before heading to Jeddah



And know what, masa on the way to Hajj Terminal Jeddah, sand storm. Even dah sampai airport pun still lagi ribut, Ustaz siap pesan suruh tutup hidung sebab habuk. That day aku lupa pakai burqa, so tariklah selendang jadikan burqa. Ayah and mama dah berbahagia dah dengan penutup nostrils tu, yang kitaorang tak suka pakai tu haha.. Tok Wan and Tok King pakai mask, one couple yang satu bus tu sedekah, siap pakaikan lagi, terima kasih, May Allah bless both of u :) so inilah dia, sedikit sebanyak pasal My Umrah, not everything yang aku cerita, but almost everything. So, kalau dah dapat invitation from Allah tu, janganlah ada doubt atau hesitate, sebab bila Allah dah jemput tu, memang kita dah sedialah. Tak ada istilah, aku still muda, aku tak ready, aku pendosa. Mungkin Allah jemput kita untuk mengubah kita? untuk perbaiki amalan kita? untuk kita pertingkat ibadah kita? Allah knows well, put your trust in Him, apa yang ditentukan, itulah yang terbaik. Kita kena redha and tawakkal, percaya pada Allah, dia Maha Mengetahui :) Semoga Allah menjemput diriku dan keluargaku lagi untuk ke sana dan semoga Allah permudahkan urusan Haji mama dengan ayah untuk masa akan datang (haraplah ada tempat untuk kitaorang bertiga sekali, boleh perform haji one family, amin, inshaAllah). And lastly, semoga semua umat Islam, korang yang tengah baca ni, biarlah Allah jemput untuk jadi tetamu-Nya. Sungguh terasa dekat dan tenang bila dekat sana. Satu benda pasal dunia pun tak terlintas dalam benak fikiran, Allah Maha Besar, itulah, bila kita cuba dekat dengan dia, lagi dekat Allah datang pada kita. InshaAllah bakal tetamu Allah sekalian, jom kita siap sediakan diri untuk menunaikan Haji dan Umrah, dan yang paling penting, agar iman yang ada ini utuh dan terjaga, inshaAllah, Amin. Btw, ini bukan post berangkai yang terakhir, hehe, so Assalamualaikum!




My Umrah (Part 2)

Bismillahirahmanirahim and Assalamualaikum guys!

Serious talk, I am really excited to post the second part of My Umrah but because of me keep on making myself busy with those unnecessary things, I got no time to make a post for the part 2, Im very sorry, I broke my words, sorry sangat sangat.. The first week of school holidays, me and my family went to Vietnam.. At the first place, it is not for holiday purpose but it is because of my mom nak borong baju baju and kain ela for raya, hahaha, jauh benar nak beli baju raya, but end up, berapa pasang je dapat and nampak gayanya, we have to buy baju raya kat Malaysia jugaklah.. And sebab tak jadi shopping tu la kitaorang merayap, ala ala adventurer dalam buku lonely planet tu hehe.. Yes it was fun and I enjoy being there with my family rather than the first time I been there with my mama and her friends. And seriously, right after we landed in Malaysia we got call from my Tok Wan telling that Tok King muntah muntah, buang buang air sampai lemah. Alhamdulillah la that time my Pak Long ada, we was so worried, imagine la kalau my Pak Long tak ada, only both of them kat rumah, Ya Rabbi, only Allah knows. But Alhamdulillah, few days after that he's getting better( of course la sihat, cucus cucus dia sleep over rumah dia siap masakkan apa semua, hahaha)  and today dah boleh drive balik dah pergi masjid apa semua. So, this are the reasons why I am late posting the part 2, hahaha.. Tak jadi marah kan? hehe



Okay, so, sambungan for the part 2, I am going to tell a story about me and my family in Madinah ( ceh terasa macam pertandingan bercerita lak haha). Sebab kitaorang turun Madinah dulu for three days, then after that baru konvoi berjemaah pergi Mekah, so okay, lets start now!


Few weeks before berangkat, I was so nervous yet excited and to be honest, we didn't finish packing until 2 hours before we leaves our home sweet home! well, packing last minute memang dah macam budaya family Incik Alwi dan Madam Rohas pun hehe.. And aku cuti sekolah, 2 days awal sebab? entah, macam macam sebab, hehe..

On that day


Since dari Subuh lagi Tok Wan and Tok King sibuk dah call, tanya dah ready ke belum, nak zip bag baca doa ini, nak tinggalkan rumah baca ini, buat solat sunat mandi sunat apa semua, both of them la yang sibuk mengingatkan, Alhamdulillah, I'm grateful for that, furthermore this is our first time nak pergi ke tanah suci tu and nak dibandingkan both of them yang dah banyak kali dah been there for Haji and Umrah, so syukur sangat bila diorang yang banyak membantu *kesat air mata*



Yang menghantar, terima kasih daun keladi <3


So after selesai semua urusan, we're ready for boarding. Allahu, that day i realize something, before this aku tak pernah nak care pasal apa yang aku pakai, yang macam tangkap muat. I used to wear, alah lengan panjang, boleh pakai tudung dahlah. But that day nak pergi sana, we wear Jubah yang my mom belikan kain and tempah semata mata nak pergi sana, well she knows anak anak dia tak ada jubah, hahahaha.. And serious la, baju that i wear that day memang buat aku rasa safe, comfortable and solat pun tak payah telekung! so I know now, better kita pakai baju yang betul betul ikut syarak, bukan sebab nak tunjuk alim ye girls, tapi untuk mudahkan diri kita sendiri bila nak solat tu, tak payah nak queue panjang panjang semata nak tunggu telekung. Your clothe sempurna tutup auratnya, zas bila nak solat, amik whudu', repair baju sikit2 make sure your aurat perfectly covered then terus solat, settle. I am working for that now, still lagi kadang kadang baju tu tak perfectly ikut syarak, but I'm working for that, inshaAllah harap diri ini istiqamah, eceh hehe, amin amin..

I miss that time when we slowly sing "Happy Birthday" and "Allah selamatkan daddyanda" slowly sebab semua orang tengah tidur. Paling comel, Tok King terbangun terus cuit bahu ayah said " hari lahir Alwi ye? besok pergi Makam Nabi Muhammad ye, doa kat sana" dawww, comel sangat. Bonding ayah and Tok King really like father and son, bukan macam father in law dengan menantu, I salute that.. I am really cannot sleep in that plane! So Alhamdulillah dapat baca Yaasin few times, even dengan reading light yang ciput tu je, haha. Paling cool when me and my dad read a book together discover Madinah and Mekah. Know what, dekat Rawdah, setiap tiang ada nama, and tiang yang paling aku ingat ialah tiang Aisyah and tiang taubat. 

Alhamdulillah, saat yang dinantikan lagi mendebarkan bila Captain kapal cakap " oh okay gangs, we're about to land bla..bla.. bla.." (gimmick sangat announcement begitu rupa) and after that another announcement yang buat aku senyum macam kerang busuk, bila dia sebut "we've safely arrive in Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, now turun amik beg!". HAHA, bangga and terharu rasa, its like, oh my dream come true, rasa macam impian nak jadi Disney Princess tu tercapai, hehe.. So, agaks lama actually tunggu customs dia sebab time tu sampai dalam pukul 11 waktu sana, so memang tengah nak tukar shift, paling comel la bila customs tu boleh lambai lambai sebab nak balik, haha, bengang je makcik pakcik kat situ.. Oh ya, kitaorang the last family yang tinggalkan airport sebab orang queue macam macam gaya, so kita mengalah la yeop, lagilah kat Madinah, kena relax je kita, didik sikit hati biar jadi lebih sabar :)



While waiting and masa dalam bas

I still remember when I was so nervous tunggu nak nampak rumah rumah dekat Madinah and my hand tak lepas pegang buku panduan umrah nak baca doa bila nampak rumah rumah di bandar Madinah. And that moment bila ustaz ketuai bacaan selawat, Allahurabbi, I feel like, Ya Allah, I rarely selawat upon your lover Ya Allah, suddenly I realize yang memang I am selalu lupa pasal Allah and Nabi Muhammad, malu tak tertanggung rasa. But one special thing, my mouth, my mind and my heart they all like know what they have to do, it feels like my heart beats sync with zikir and selawat. My mind like "Irdina, this is what you really are, Allah made you and this is what you're suppose to do". They all came spontaneously, without any force, like Allah tetapkan bagilah hamba ni rasa, the real feeling yang memang aku tak dapat nak gambarkan macam mana, how grateful I am, rasa malu, rasa berdosa, rasa bersyukur semua cukup. Serious, He is the greatest, Allahuakbar.
Lampu sekeliling Masjid Nabawi, Ya Allah so bright, I mean bright sebab lampu satu and nampak macam (I dont know nak describe macam mana, and seriously, I stopped for awhile pikir macam mana nak describe, but sorry, i failed, I dont know how) but all i know is, I was so excited nak solat kat situ, nak solat berjemaah, nak dengar azan, nak zikir, nak baca quran, nak baring, nak lari lari dekat Masjid Nabawi, hehe..

After subuh, sejuk, nyaman, seronok, everything!
I won't forget this, sebak hati, remuk, rasa kecewa when the first day nak pergi subuh dekat dataran Masjid Nabawi, while we're walking together towards pintu masjid, tiba tiba we stopped sebab Tok Wan tak larat, yes,Tok Wan memang tak larat jalan jauh tapi that time, why I feel those thing kecewa apa semua sebab when she said "Ita, adik, pergilah dulu, mak lambat ni,mak tak larat kaki mak sakit sangat, mak solat sini jelah" and immediately I said to her "Tok Wan boleh, tak apa kita slow slow, sempat lagi ni, azan pun belum lagi orang pun tak ramai lagi tu, Tok Wan penat kita stop sekejap ye, sikit je lagi, nak sampai ni". My mama, Nana, Aby, all of use convincekan Tok Wan, bagi support and Alhamdulillah sampai jugak! even solat kat last row, at least dalam Masjid Nabawi before muraqibah tutup pintu gerbang and Alhamdulillah, I am really grateful sebab I get a place depan sikit for Tok Wan solat with other jemaah yang solat berkerusi. Haha, comel that time when kitaorang duduk area area situ banyak kena langgar dengan kerusi, lepastu orang yang langgar tu bersalah, pegang pegang bahu, usap kepala, lawak pun ada, tersenyum pagi pagi subuh tu, hehe..

So, dekat Madinah, kitaorang visit a few places such as Jabal Uhud. The first glimpse when we're on our way, ada satu bukit yang looked so fresh, merah bukitnya rather than other bukit along the roadside, dalam hati dah cakap dah, kot kot ni ha Jabal Uhud, sekali betul! iyep, Ustaz cakap tu Jabal Uhud. Betullah orang cakap, bukit tu nampak merah je, sebab peperangan berlaku kat situ and darah para para pejuang yang syahid tumpah dekat situ. And masa kat situ, my mind macam ada satu short movie, teringat belajar sirah pasal peperangan tu. I know la where para para pemanah tunggu, dekat mana tentera Kafir Quraisy buat pusingan. Perhh memang real live punya sejarah kot, hee..
So here are some pictures when we are having our Ziarah around Madinah..

Dekat kawasan perkuburan semula pesyahid2 perang uhud

Strike a pose!

Behind that tu la Jabal Uhud

Ramai sangat orang yang berniaga kat sana! Murah murah

If I'm not mistaken, belakang tu la tempat pemanah pemanah Islam masa perang Uhud

Family photo, daww






Masjid Nabawi

Dina, Aby, Nana , daww

Ayah selfie infront of pintu pintu Masjid Nabawi, pintu yang banyak dan besar!

Dapat beli tongkat sana ye Tok King? Alhamdulillah sihat Tok King kat sana

Makam Rasulullah

Ayah infront of Babussalam kalau tak silaplah, huhu

After Asr prayer, the last day before leaving Medina

Masjid Nabawi, zoom in by Ayah, hehe

Peniaga peniaga depan Masjid Nabawi, MURAH BEB!




So, banyak gambar ayah selfie sebab ayahlah yang ada banyak gambar dekat Madinah, Perempuan tak boleh pergi Makam Rasulullah and tak boleh masuk ikut pintu Babussalam sebab that is only for men, Alhamdulillah ayah snap picture, dapat jugaklah tengok.. Nak cerita sikit pasal rawdah ni, u guys know about Rawdah? yang disebut oleh Rasulullah, taman syurga. Dia terletak di antara mimbar dan mkam Rasulullah (which is dulu Rumah baginda). Allahuakbar, Alhamdulillah, MashaAllah, rezeki dapat solat sunat taubat exactly betul betul sebelah tiang taubat, Ramai orang tak payah cakap, tapi Allah permudahkan, aku yang badan agak kecil nak dibandingkan dengan orang orang Arab dan orang ramai dekat situ, aku menyelit slow slow, cari tempat, while that time my mama and my both sisters still at the back. I was not worried losing them cause I know, Allah jaga aku, if really meant that aku akan ditolak dan dipijak, meninggal dekat situ, aku redha. Alhamdulillah, lepas menyelit menyelit tu, aku dapat solat sunat taubat, and that time, my mom, my kakak and my adik, jaga taknak bagi orang pijak aku yang tengah sujud. And out of no where, ada sorang hamba Allah, wanita Arab, lawa orangnya, dialah yang tolong jaga kitaorang yang gilir gilir solat. That feeling dapat solat situ, Allahuakabar, tak boleh nak describe and I still can smell bau Rawdah when the first time aku pijak karpet hijau, Allahu. And Alhamdulillah jugak, even my nenek yang berkerusi roda pun still dapat solat dekat rawdah, betul betul bawah mimbar (memang ada tenpat khas for orang orang yang guna wheelchair), lama jugak dapat solat situ, kitaorang dapat sujud syukur and berdoa second time tu, Alhamdulillah dapat jugak. Paling untung my dad, siap boleh mengaji lagi, Allah bagi dia rezeki macam tu, Alhamdulilah..

I fell in love with Madinah. when my heart slowly saying masa tunggu turn nak masuk Rawdah tu " Ya Rasulullah, aku di sini, dekat denganmu wahai kekasih Allah, aku rindu, aku cinta". Suddenly, my heart said like that, and air mata berjujuran tak payah cakap, sebak, rindu rindu sangat. Well cinta sejati, gitulah, cinta hebat, cinta kekasih Allah tak ada tandingan dengan cinta biasa. Begitu hebat cinta pencipta, hebat jugak cinta kekasih-Nya. I remember when my badan tiba tiba lemah, takut nak pijak masa on the way nak pergi Rawdah, sebab on my mind rasa, Ya Allah sanggup ke aku nak pijak tempat yang tertanam jasad seorang kekasih Allah ni? sepanjang jalan tu, aku non stop berdoa minta Allah bagi strength, lidah dan hati non stop zikir, Allah.

I really miss Madinah and I hope I can be there again next time. Buat baik without any doubt, you'll understand why :) Allah maha besar, macam macam cara dia nak balas, cash, one the spot, straight right away kita dapat! Itulah pencipta kita, yang kadang kadang kita lupa yang Dialah Maha Agung, Maha Besar, Maha Mendengar, Maha Penerima Taubat and Maha Penyayang :) Till the next post about Mekah InshaAllah, Assalamualaikum.

p/s : Rindu those pastries dekat Madinah, nak makan ice cream Movenpick and paling rindu, nak solat berjemaah sama sama ramai ramai, lari lari nak pergi masjid for saf paling depan.. Lastly, air zamzam yang sedap uh, hmm.. Rindu sangat rindu. Allah jemput kami lagi ye? :)




Saturday, May 24, 2014

Scrumptious food hunting

Assalamualaikum gaisss,

For your information,  I've type some of the stories about my umrah for the second part, but now they're in draft, cause I haven't put pictures yet, sorry for taking a long time to post the next part, huhuhu, thank you for your patient waiting for the part 2 and sorry for the delay, hehe

To be bonest, weekend is like the most busy day for me and my family, cause, WE NEVER STAYED AT HOME EVERY WEEKEND,  hehe, we will go out for a walk, window shopping and of course food hunting! Our family is like, oh makanan sedap, jauh? No hal! Hahaha... and yesterday's night, we went to Bukit Jelutong only for foods and it is worth! All the foods are superbly sedap and definitely will go there next time, to bring my atoks together,  so far, that's the best restaurant yang jual the best and superply sedap nasi arab, hehe.. *hiperbola sangat daku*

I REALLY LIKE THIS ONE

The final product haha

Yummeh banoffee pie 

*drooling*

Totally in love with this churros! 

Their instagram

Their facebook page

Can go there with the help of waze the best! Hehe
Do visit their instagram and facebook for more information, serious talk the food are *two thumbs up* and know what, the owner are friendly too! *psst my cousin memang special,haha* 

THIS IS A MUST GO RESTAURANT HOKEH! SODAP KOT!

So, try their food and you won't regret, takkan rasa membazir petrol pergi jauh jauh sebab worth sangat, makanan sedap, service tiptop, hee.. bye! Assalamualaikum